27 April 2022- PROGRAM CAKNA RAMADAN 1443H | 2022M PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Telah berlangsung Program Cakna Ramadan 1443H /2022M yang diadakan di Kampung Lonek, Jempol, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) dengan kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA), Komuniti Keluarga Malaysia Pendekar Sampan Kampung Lonek, Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ulu.
.
Program dimulakan dengan gotong-royong memasak bubur pulut hitam dan juadah berbuka puasa di sebelah pagi. Seterusnya, pengagihan bubur pulut hitam sebanyak 200 unit di jalan utama Batu Kikir – Bahau. Disusuli dengan mengadakan ziarah kasih dan berakhir dengan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Homestay Lonek. Turut diraikan seramai 35 orang asnaf dan anak yatim dalam majlis ini yang turut menerima sumbangan.
.
Majlis ini dihadiri dan disempurnakan oleh Tuan Hj Shahnon Mohamad (Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan) dan En Khairul Annuar Mansor (Presiden MyHumanitarian). Turut hadir ialah En. Mohd Faiz Bin Mohd Zin (Presiden MYHA Kebangsaan), ASP Tuan Khalid Bin Yahya (Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Komuniti, IPD Jempol), SM Abdul Karim Buang (Ketua Balai Polis Batu Kikir), Puan Siti Noorezrin binti Mahmood (Pegawai Jabatan Penerangan Jempol) dan Puan Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar (Pusat Komuniti Desa Serting Ulu) dan Puan Hajah Norasiah Harun (Pengerusi Koperasi Homestay Kg Lonek) serta Jawatankuasa MyHumanitarian , MyHA dan semua agensi berkaitan.
#LeaveNoOneBehind #MyHumanitarian #SDgs #KeluargaMalaysia #BeliaMalaysia #CaknaRamadan1443H #MyHaN9 #MenerokaBerilmuKreatif
.