President

Syukur alhamdulillah…

Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia atau dikenali sebagai Malaysian Humanitarian Movement (MHM) di tubuhkan pada penghujung tahun 2014. Selepas pendaftannya, kami dikalangan aktivis belia pada mulanya mula bergerak di dalam platform yang baru secara perlahan-lahan setakat yang kami mampu tetapi kini nama MHM mula mendapat tempat dikalangan anak muda yang berminat bersama-sama kami di dalam kerja-kerja kesukarelaan.

Sejujurnya saya akui, bukan mudah untuk menggerakkan sesebuah pertubuhan jika tidak mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak, tetapi berkat kesabaran dan usaha kami yang tidak putus-putus serta sokongan kuat terutama daripada pengasas kami iaitu YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, akhirnya kami berjaya menjenamakan semula MHM dengan imej baru dan juga kumpulan penggerak yang baru.

Kini fokus kami adalah untuk menjadi sebuah NGO yang bukan sahaja bergerak di peringkat dalam negara malah kami mula mengorak langkah untuk mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Seiring dengan objektif kami, kini kami lebih memfokuskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ‘Sustainable Developement Goals’ SDG’s di bawah United Nation (UN) dimana kami lebih memfokuskan soal Pendidikan, Wanita Muda, Orang Asli serta Orang Muda di Kawasan Pedalaman Sabah dan dan Sarawak. Ini bertujuan supaya MHM mempunyai fokus aktiviti yang tersendiri disamping berharap dapat menempatkan MHM di dalam senarai NGO di bawah UN. Untuk tujuan itu, MHM mula menggerakkan sukarelawan kami untuk menyertai perbincangan dan persidangan di peringkat UN dan global bagi tujuan pendedahan dan membina rangkaian.

Diharapkan dengan usaha kecil kami ini dapat memberi ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat memberikan khidmat bakti sebagai sukarelawan MHM di samping dapat memberi pendedahan kepada sukarelawan kami mengenai dunia sukarelawan yang sebenar di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.

Sekian.

‘Leave No One Behind’

Khairul Annuar Mansor
Presiden