Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah SWT..
Tidak dapat digambarkan rasa gembira setelah menerima berita daripada kumpulan teknikal MyHumanitarian di Rumah Panjang Kampung Uma Akeh apabila dimaklumkan air bersih telah sampai ke tangki utama yang terletak sejauh 5km daripada kawasan tadahan air yang telah dibina.
Hasil usaha gotong-royong diantara sukarelawan MyHumanitarian dan penduduk kampung ini telah berjaya menjadikan impian penduduk kampung untuk mendapatkan air bersih menjadi kenyataan.
Hari ini 𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟬, telah terpahat satu lagi kejayaan MyHumanitarian untuk melihat kegembiraan masyarakat pedalaman di Rumah Panjang Kampung Uma Akeh ini menikmati air bersih. Telah hilang rasa penat dan lelah para sukarelawan apabila melihat air bersih mula mengalir di bumi Rumah Panjang Kampung Uma Akeh ini.
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT. Anda semua adalah HERO disebaliknya kejayaan ini.
‘Leave No One Behind’