BANTUAN DIPERLUKAN BAGI MEMBANTU EN.PAHILONG

Pada 18 November yang lalu , Team MyHumanitarian Johor diketuai oleh Cik Sharifah Norizah Syed Ahamad Kabeer telah menziarahi En.Pahilong, di Flat Taman Masai Utama, Johor Bahru.

Beliau tinggal bersama anak-anak beliau yang lain, namun dua daripadanya telah berhenti kerja untuk menjaga ayahnya.En.Pahilong mempunyai penyakit yang mungkin dikaitkan dengan masalah hati dan juga buah pinggang. Manakala tangan dan kakinya mengalami bengkak (seperti dalam gambar) .

En.Pahilong amat berhasrat untuk dihantar pulang ke Sabah kerana isterinya sekarang berada di Sabah seorang diri ,dan tidak boleh hadir ke Semenanjung disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Akibat dari pandemik Covid-19 juga, kewangan keluarga ini masih tidak mencukupi untuk membawa ayah mereka ke Sabah.Oleh demikian, keluarga ini amat memerlukan bantuan untuk pemindahan segera En.Pahilong ke kediaman beliau di Kunak, Sabah .

Untuk menyumbang, boleh disalurkan ke Akaun CIMB Bank Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia – 8602296817 . Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Sharifah Norizah di +60 13-2171240.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *