CAKNA RAMADAN x ZIARAH RAMADAN 1443H/2022M – WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


24 April 2022 – Telah berlangsung Program Cakna Ramadan X Ziarah Ramadan 1443H/2022M yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia bersama Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC) dan Persatuan Asrama Belia Malaysia Kuala Lumpur serta sokongan dari Majlis Belia Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Program ini disertai bersama Encik Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi (EXCO MyHumanitarian) , Encik Hamirul Idzwan bin Hamizan Timbalan Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia merangkap Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & barisan kepimpinanya serta sukarelawan belia. Turut hadir memberi sokongan ialah Encik Jadzreill Jaafar (Penolong Eksekutif (Program), Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC))


Terdapat 2 lokasi dilawati antaranya PPR Laksamana, Pudu dan Flat PKNS, Kampung Bharu. Selain dari menyerahkan barangan berupa barang keperluan, program ini juga telah dapat mengeratkan ukhwah dan dapat bertanya khabar mengenai keadaan mereka sepanjang menjalani ibadah berpuasa dan menjelang Aidilfitri nanti.

Terima kasih diucapkan buat semua yang menjayakan dan bekerjasama dalam program ini.

#LeaveNoOneBehid #SDGs #MyHumanitarian #IYCKL #MyHAWPKL #MyHA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *