27/4/2022 – Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) dengan kerjasama Pusat Belia Antarbangsa Kuala Lumpur berkunjung ke 2 lokasi bersempena dengan Program Cakna Ramadan 1443H/2022M.
Lokasi pertama ialah di SK Seri Idaman, Kg.Bahru, Mukim 7, Parit Yaani dengan penganjuran Penyampaian Bungkusan Istimewa Ramadhan kepada 106 pelajar dan sumbangan khas untuk pihak Sekolah.
Disusuli dengan lokasi kedua , iaitu Penyampaian Bungkusan Istimewa Menjelang Syawal yang diadakan di Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan, Parlimen Seri Gading.
Penyerahan ini telah disampaikan oleh Ketua Aktivis Komuniti MyHumanitarian, Puan Wan Salwati Abdullah.
Diharapkan dengan sumbangan ini dapat meringankan beban kepada semua penerima menjelang Aidilfitri ini.
#LeaveNoOneBehind #SDGs #MyHumanitarian #BeliaMalaysia #KeluargaMalaysia









