Daulat Tuanku!
Merafak Sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI (31 Januari 2019-30 Januari 2024).
—————————————————————————
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Didoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa berada dalam peliharaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi rakyat dan menjaga kebajikan serta keharmonian.
Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Daulat Tuanku.
Sembah Takzim Daripada:
ENCIK KHAIRUL ANNUAR MANSOR
Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian)
serta barisan EXCO dan Sukarelawan MyHumanitarian
#LeaveNoOneBehind#SDG#YouthForChange#SDGs#Iyckl#KBSMalaysia#BeliaMalaysia#DemiMalaysia#MalaysiaMADANI

