Encik Ahmad Zulhisyam Bin Rozali terima pengiktirafan ‘Successful People in Malaysia and Singapore’

Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) ,Encik Khairul Annuar Mansor serta seluruh barisan EXCO dan Sukarelawan MyHumanitarian ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Ahmad Zulhisyam Bin Rozali, EXCO MyHumanitarian atas kejayaan pengiktirafan dari BPH – British Publishing House , Successful People in Malaysia and Singapore.

British Publishing House Ltd adalah sebuah organisasi antarabangsa yang terkenal dengan pengiktirafan tokoh-tokoh berjaya di Malaysia dan Singapura, melalui penerbitan “Successful People in Malaysia and Singapore” yang memberi penghormatan kepada individu-individu cemerlang yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai bidang.

Pengiktirafan ini membuktikan dedikasi dan komitmen beliau dalam usaha kemanusiaan dan perkhidmatan kepada masyarakat. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat disamping usaha luar biasa ini akan memberi impak positif kepada lebih ramai insan!

#LeaveNoOneBehind #MyHumanitarian #BritishPublishingHouse

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *