HARI PERTAMA SUKARELAWAN MyHUMANITARIAN MEMULAKAN TUGAS BAGI PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG MEMBINA SALURAN AIR BERSIH DI SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PIUS KAMPUNG LONG SAN.

LONG SAN – Hari ini merupakan hari pertama bagi sukarelawan kumpulan pertama memulakan tugas di Kampung Long San ini. Program hari ini dimulakan dengan perhimpunan pagi untuk mengambil kedatangan bertugas serta memeriksa suhu bagi semua sukarelawan yang terlibat dan disusuli dengan aktiviti senaman pagi.

Selesai sahaja sarapan pagi bersama-sama, kumpulan teknikal memulakan tugas membersihkan laluan paip air yang akan dipasang daripada kawasan empangan di Sungai Sinei hingga ke Sekolah Kebangsaan Saint Pius Long San.

Pada sebelah petang pula, sukarelawan bersama2 menyertai aktiviti riadah petang bersama anak2 muda dan masyarakat Kampung Long San.

‘Leave No One Behind’