IGNITION NIGHT SUKARELAWAN DUN N77 TELANG USAN DAN MYHUMANITARIAN

MIRI – Telah berlangsung Majlis Ignition Night Sukarelawan DUN N77 Telang Usan Dan MyHumanitarian yang telah diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri Sarawak.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat DUN N77 Telang Usan ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Sarawak, Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau ADUN N77 Telang Usan, YBhg Datuk M Noor Azman Bin Taib Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, YBhg Datuk Hatipah Binti Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Tuan Charles Balan Seling Setiausaha Politik Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak, YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, YBrs Puan Azura Binti Haji Sarbin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Ketua2 Jabatan Agensi Kerajaan, Ketua2 Masyarakat Telang Usan, Kepimpinan Belia Telang Usan dan Sukarelawan MyHumanitarian.

Majlis Makan Malam ini diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada jasa dan pengorbanan semua sukarelawan MyHumanitarian dan sukarelawan DUN Telang Usan yang telah terlibat di dalam Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih di Kawasan Pedalaman N77 Telang Usan.

Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi Menteri Utiliti Negeri Sarawak telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua sukarelawan MyHumanitarian dan beliau telah mengumumkan akan menyokong penuh untuk MyHumanitarian meneruskan misi ke seluruh kawasan Telang Usan dan mengembangkan lagi program ini ke seluruh Negeri Sarawak yang akan diselaraskan oleh YB Tuan Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan.

MyHumanitarian mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan ADUN N77 Telang Usan atas pengiktirafan dan penghargaan kepada MyHumanitarian. MyHumanitarian juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Pusat Belia Antarabangsa atas sokongan yang berterusan serta semua Agensi2 yang terlibat.

Insya’allah MyHumanitarian bersedia untuk meneruskan misi kami di bumi Sarawak ini dan akan memastikan lebih ramai potensi anak muda di kawasan pedalaman akan kami cari dan keluarkan sebagai pemimpin pelapis dimasa hadapan.

𝑩𝒖𝒊𝒍𝒅 𝑷𝒆𝒐𝒑𝒍𝒆 𝑭𝒊𝒓𝒔𝒕, 𝑩𝒖𝒊𝒍𝒅 𝑭𝒂𝒄𝒊𝒍𝒊𝒕𝒊𝒆𝒔 𝑻𝒐𝒈𝒆𝒕𝒉𝒆𝒓

‘Leave No One Behind’

#SDG’s
#MyHumanitarian
#iyckl
#kbs
#N77TelangUsan
#beliamalaysia