UMA AKEH – Setiap yang bermula, pasti akan berakhir. Begitu juga program kami di Rumah Panjang Kampung Uma Akeh ini. Hari ini dengan rasminya sekretariat MyHumanitarian di Rumah Panjang Kampung Uma Akeh telah ditutup. Majlis penyerahan Sistem Saluran Air Bersih ini dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan.
Dalam keadaan gembira kerana berjaya membawa air bersih ke Kampung ini, sukarelawan MyHumanitarian berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Kampung ini setelah hampir 2 bulan berada di sini. Terus terang kami katakan, layanan mesra penduduk kampung serta kerjasama yang mereka tunjukkan sepanjang kami di sini, menyebabkan kami menganggap mereka seperti keluarga sendiri.
Kami berasa cukup puas dan gembira apabila melihat usaha kami selama ini membuahkan hasil dan kini penantian selama berpuluh tahun untuk mendapatkan air bersih telah dinikmati. Ucapan terima kasih yang tak putus-putus kami perolehi daripada penduduk kampung sudah cukup menghilangkan rasa penat dan letih sepanjang proses memasang sistem paip yang berjarak hampir 5km ini.
Tahniah semua sukarelawan MyHumanitarian yang terlibat. Tahniah kepada semua belia tempatan. Tahniah kepada semua penduduk kampung. Anda semua Hebat. #salute.
‘Leave No One Behind’