KUMPULAN PERTAMA SUKARELAWAN MYHUMANITARIAN BERANGKAT KE RUMAH PANJANG LONG SAN, MIRI SARAWAK

KLIA2 – Seramai 14 orang sukarelawan MyHumanitarian yang terdiri daripada kumpulan urusetia, media dan teknikal telah berangkat menuju ke Rumah Panjang Long San, Miri Sarawak. Kumpulan pertama ini merupakan sukarelawan yang akan terlibat di dalam menjayakan Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih di Sekolah Kebangsaan Saint Pius Kampung Long San yang dijangka mengambil masa selama dua bulan untuk dilaksanakan.

Turut hadir bersama untuk mengucapkan selamat berangkat kepada sukarelawan MyHumanitarian, YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Penasihat MyHumanitarian merangkap Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur yang merupakan penganjur bersama bagi melaksanakan program ini.

MyHumanitarian mengucapkan selamat berangkat kepada semua sukarelawan kumpulan pertama ini dan diharapkan semuanya berada di dalam keadaan sihat, selamat dan berjaya melaksanakan misi yang telah diamanahkan demi memastikan murid-murid di Sekolah St Pius mendapat bekalan air bersih.

BON VOYAGE.

‘Leave No One Behind’