ULU BARAM – Menerima jemputan lawatan dan perbincangan bersama masyarakat Rumah Panjang Kampung Long Laput, Ulu Baram, Miri Sarawak. Pada perjumpaan ini, Ketua Kampung Long Laput, En Robert turut hadir bersama jawatankuasa kampung.
Di dalam pertemuan hampir 2 jam ini, banyak perkara yang diperbincangkan serta rancangan kerjasama bersama MHM bagi mengadakan aktiviti bagi membangunkan potensi anak muda di Kampung ini.
Diharapkan jalinan kerjasama yang akan diadakan nanti dapat membantu belia-belia di kawasan pedalaman Ulu Baram ini.
‘Leave No One Behind’