ULU BARAM – Kami kembali ke Rumah Panjang Kampung Long Puak bagi membuat tinjauan susulan keadaan sistem bekalan air bersih di kampung ini. Semasa lawatan ini juga, kami membuat sesi penerangan penyelenggaraan kepada penduduk kampung agar dapat membaiki sistem ini sekiranya berlaku kerosakan kecil demi memastikan tidak berlaku gangguan terhadap bekalan air bersih ke kawasan kampung.
Diharapkan agar penduduk kampung dapat terus bekerjasama di dalam menjaga sistem saluran air bersih ini demi memastikan air bersih sentiasa dapat disalurkan ke kawasan kampung.
‘Leave No One Behind’