Lawatan Tinjauan ke Rumah Panjang Kampung Long Banyok

ULU BARAM – Hari ini melakukan tinjauan bersama Team Sekretariat ke Rumah Panjang Kampung Long Banyok di Ulu Baram, Miri Sarawak.

Rumah panjang ini mempunyai 150 pintu unit kediaman dan tidak mempunyai sistem bekalan air bersih serta bergantung sepenuhnya kepada air hujan. Di musim kemarau terpaksa menggunakan air sungai yang agak kotor airnya sebagai sumber bekalan air.

Insya’allah.. kami akan cuba buat yang terbaik untuk memberikan kegembiraan kepada masyarakat pedalaman dikawasan ini dengan merancang untuk mengadakan program kami di sini pula.

Doakan semoga semuanya dipermudahkan.

‘Leave No One Behind’