LOKASI 1: AKTIVITI GOTONG-ROYONG BERSAMA GURU-GURU, IBUBAPA, MASYARAKAT KAMPUNG DAN SUKARELAWAN MyHUMANITARIAN DI DALAM MENJAYAKAN PROGRAM KOMUNITI MEMBINA SALURAN AIR BERSIH DI SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT PIUS KAMPUNG LONG SAN.

LONG SAN – Telah diadakan aktiviti gotong-royong bersama para guru, ibubapa, masyarakat Kampung dan sukarelawan MyHumanitarian pada minggu bagi memasang paip air bersih di sekitar kawasan sekolah, asrama dan kuarters guru-guru di Sekolah Kebangsaan Saint Pius Kampung Long San.

Program yang melibatkan hampir 70 orang peserta turut disertai oleh Pn Lucia Paya, Ketua Kampung Long San, Pn Rita Dayang Apoi, Guru Besar Sekolah Saint Pius dan juga Rev Father Joseph Ding Leo, Pengerusi Lembaga Pentadbiran Sekolah.

Diharapkan dengan kerjasama yang erat ini diantara semua sukarelawan yang terlibat di dalam program ini dapat membantu mempermudahkan lagi proses pemasangan saluran air ini dan dapat memastikan murid-murid yang tinggal di asrama  dan guru-guru sekolah ini dapat menikmati bekalan air bersih bagi kegunaan harian mereka.

‘Leave No One Behind’