LOKASI 2: BERMULA PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG MEMBINA SALURAN AIR BERSIH DI RUMAH PANJANG KAMPUNG UMA AKEH, ULU BARAM MIRI SARAWAK.

UMA AKEH – Hari ini bermula kerja-kerja di lapangan bagi membina dan memasang saluran air bersih bagi kegunaan penduduk di kawasan Rumah Panjang Kampung Uma Akeh.

Program ini telah melibatkan sukarelawan MyHumanitarian, Jabatan Hutan Wilayah Miri dan penduduk kampung Uma Akeh.

Seperti mana aktiviti di semua lapangan misi MyHumanitarian, setiap pagi akan dimulakan dengan perhimpunan pagi, mengambil suhu badan, senamrobik dan taklimat oleh ketua sekretariat dan ketua kumpulan teknikal.

Semoga program di Uma Akeh berjalan lancar dan berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah dirancangkan. Insya’allah, penduduk kampung akan menikmati bekalan air bersih nanti dan tidak perlu bergantung kepada air hujan selepas ini.

‘Leave No One Behind’