UMA AKEH – Telah diadakan sesi taklimat dan penerangan bersama semua urusetia, kumpulan teknikal, wakil Jabatan Hutan Wilayah Miri dan sukarelawan MyHumanitarian yang akan memulakan tugas bermula hari ini.
Dalam sesi taklimat ini juga, Presiden MyHumanitarian telah memberi penerangan keselamatan yang perlu di patuhi dan perancangan jadual kerja semua yang terlibat bagi memastikan segala perancangan gerak kerja dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Telah diadakan juga pada petang sebelumnya sesi perjumpaan dan selamat datang bersama kepimpinan dan penduduk kampung bagi memperkenalkan semua sukarelawan yang akan menetap di Rumah Panjang Kampung Uma Akeh ini.
MyHumanitarian mengucapkan selamat bertugas dan berbakti kepada semua sukarelawan yang terlibat. Semoga segala usaha dan sumbangan tenaga yang anda berikan kepada masyarakat pedalaman rumah panjang Uma Akeh ini dapat memberikan kegembiraan kepada mereka untuk menikmati bekalan air bersih.
‘Leave No One Behind’