SEOUL – Tahniah kepada Muhammad Amir Arif Mohamed Maliki kerana telah terpilih untuk menyertai M-Power International Youth Summit di Seoul, Korea anjuran Yayasan Beasiswa 10,000 Indonesia. Amir Arif merupakan ‘Young Humanitarian National Leader’ di bawah Persatuan Gerakan Kemanusian Malaysia (MHM) telah mendapat penajaan penuh daripada Yayasan Beasiswa 10,000 yang berpusat di Indonesia bersama 3 lagi peserta daripada Malaysia. Peserta Malaysia akan membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Roles of millenials and the characteristics of the millenials in Malaysia, Millenials impact and millenials empowerment’.
Di sini kami merakamkan jutaan terima kasih buat Miss Shafira Al-Farisi, Presiden Yayasan Beasiswa 10,000 Indonesia yang sudi menaja penuh perbelanjaan kontijen Malaysia dan dengan usaha daripada Yayasan Beasiswa 10,000 yang merupakan juga rakan NGO kami ini akan memberi semangat kepada anak muda Malaysia untuk terus memberi sumbangan di dalam kerja-kerja kesukarelaan serta dapat menyumbang kepada kesejahteraan manusia sejagat.
Semoga peserta Malaysia ini berjaya membawa imej positif millenial dan membawa nama baik Malaysia dan MHM diperingkat antarabangsa serta semoga Allah sentiasa melindungi Amir Arif and kontigen Malaysia sepanjang pengembaraan ilmu ini.
‘Leave No One Behind’
Malaysian Humanitarian Movement