MENERUSKAN KHIDMAT BAKTI DI BUMI TELANG USAN

LONG BEDIAN – Setelah mengharungi laluan lori balak selama 8 jam dari Kampung Long San ke Kampung Long Bedian ini, kami bermalam dahulu di sini sebelum menyambung perjalanan ke Perkampungan Masyarakat Penan iaitu ke Kampung Long Latie dan Kampung Long Sayan bagi membuat tinjauan lokasi untuk misi kami seterusnya akan datang.

Kumpulan yang terdiri daripada wakil sekretariat MyHumanitarian, team teknikal dan team media akan membuat tinjauan dan pertemuan bersama masyarakat Penan di Kampung Long Latie dan Kampung Long Sayan bagi membuat persediaan bagi program kami untuk membina saluran air bersih yang telah lama ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung.

Semoga kami terus diberi kekuatan untuk meneruskan misi kami dengan sokongan yang tidak putus2 oleh Kerajaan Negeri Sarawak, Pusat Khidmat DUN N77 Telang Usan, Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Agensi2 Kerajaan, Sukarelawan MyHumanitarian dan masyarakat setempat.

‘Build people first, build facilities together’

‘Leave No One Behind’