Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian); Encik Khairul Annuar Mansor bersama Barisan Jawatankuasa dan Sukarelawan MyHumanitarian merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Narmesh Singh A/L Gurdib Singh. Beliau meninggal dunia pada petang 10 Ogos 2022 akibat dilanggar oleh sebuah kereta Ketika melintas jalan pada 1 April 2022.
Mendiang amat bergiat aktif dalam bidang sukarelawan termasuk merupakan peserta MyCorps anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta program kesuralewanan dan kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk melalui Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).
Mendiang turut mencurahkan bakti dalam menjayakan Projek Komuniti Gotong -Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih di Kampung Long Latei, Telang Usan, Sarawak pada 2021 bersama Sukarelawan MyCorps dan Rakan Muda.
Mendiang juga merupakan penerima Anugerah Kesukarelawanan Belia Malaysia 2021 diatas usaha beliau yang amat aktif dalam menjalankan program , inisiatif dan penglibatan dalam kesukarelawanan dan khidmat masyarakat.
In Loving Memory , Narmesh Singh A/L Gurdib Singh.
#LeaveNoOneBehind
#MyHumanitarian #SalamTakziah #Beliamalaysia #KeluargaMalaysia #IniMasaKita
(Sumber) Kunjungan Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perak ke Kediaman Keluarga Mendiang Narmesh Singh
13 Ogos 2022