Mesyuarat Agung Tahunan MyHumanitarian 2021


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) telah diadakan di Sulap Homestay, Kundasang Sabah pada 25 Januari 2022 (Selasa) . Mesyuarat ini telah dihadiri oleh perwakilan MyHumanitarian dari seluruh Malaysia.

MyHumanitarian Chapter Sabah telah menjadi tuan rumah pada Mesyuarat Agung kali ini dengan menyaksikan barisan kepimpinan MyHumanitarian telah dipilih semula untuk sesi 2021 – 2023.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg Datuk Hatipah Ibrahim , Penasihat MyHumanitarian yang sudi hadir bagi merasmikan mesyuarat kali ini. Tidak lupa juga, Ketua Aktivis Komuniti MyHumanitarian, Puan Wan Salwati dan Puan Sofia Aniza Arissa mewakili Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC) yang telah sama-sama menghadiri mesyuarat kali ini.

Tahniah kepada semua yang terpilih bagi Jawatankuasa sesi 2021 – 2023 dan semua yang menjayakan program ini.

Foto : https://www.facebook.com/media/set/?vanity=myhumanitarian&set=a.3175258956082114

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *