MIRI – Mesyuarat Tahunan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) kali ke-7 bagi tahun 2020 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran semua Ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli serta sukarelawan MyHumanitarian.
Mesyuarat yang telah diadakan di Imperial Hotel, Miri Sarawak ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Penasihat MyHumanitarian merangkap Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur.
Dalam mesyuarat ini telah dibincangkan semua gerak kerja tahunan MyHumanitarian serta perancangan untuk misi seterusnya di Perkampungan Masyarakat Penan di Kampung Long Latei dan Kampung Long Sayan.
Telah diusulkan juga untuk menubuhkan sayap 𝗬𝗼𝘂𝗻𝗴 𝗠𝘆𝗛𝘂𝗺𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 bagi memberi peluang kepada anak muda berumur 12 tahun hingga 25 tahun untuk menyertai misi kami dengan penglibatan ibubapa mereka bagi yang berumur dibawah 18 tahun.
Insya’allah, dengan komitmen semua ahli Jawatankuasa serta kerjasama semua sukarelawan MyHumanitarian, segala perancangan yang telah dipersetujui akan menjadi mudah dan akan berjaya seperti yang diharapkan.
Kepada belia-belia di luar sana, JOM sertai kami sebagai Sukarelawan MyHumanitarian.
‘Leave No One Behind’
#SDG’s
#MyHumanitarian
#beliamalaysia
#YoungMyHumanitarian
