MIRI – Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama penduduk dan belia masyarakat Penan dari Kampung Long Sayan dan Kampung Long Latie bagi membincangkan tentang perancangan mengadakan Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air bersih di kedua-dua kampung ini yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah Penghulu Ajeng Kiew, Ketua Masyarakat Penan Kawasan Apoh , Cr. Jok Eng Jok, Ahli Majlis Daerah Marudi.
Ini merupakan mesyuarat susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau agar MyHumanitarian meneruskan lagi program ini ke kampung masyarakat Penan pula apabila kami selesai membina saluran air bersih di Kampung Uma Akeh dan Sekolah Kebangsaan Saint Pius Kampung Long San.
Kami mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang berterusan diberikan oleh pihak kerajaan Negeri Sarawak terutama pihak Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau dan kami akan mulakan gerak kerja kami secepat mungkin apabila selesai mengadakan perbincangan bersama team teknikal kami.
‘Leave No One Behind’