MESYUARAT DAN TAKLIMAT BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH TELANG USAN DAN AGENSI TERLIBAT UNTUK PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG SALURAN BEKALAN AIR BERSIH UNTUK RUMAH PANJANG KAMPUNG UMA AKEH DAN SEKOLAH KEBANGSAAN ST PIUS KAMPUNG LONG SAN, MIRI SARAWAK.

Mesyuarat dan taklimat  ini diadakan di Pejabat Daerah Telang Usan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan telah dihadiri oleh Tuan Baru Tai, Pegawai Daerah Telang Usan bersama wakil2 agensi yang akan terlibat dalam program ini.

Turut hadir di dalam mesyuarat dan taklimat ini adalah Pengerusi JKKK Kg Uma Akeh, KK Anthony Ngau bersama penduduk kampung dan juga Pengerusi Kelab Belia Kampung Uma Akeh, Sdr Spanski Steven dan AJK Kelab.

MyHumanitarian telah memberi penerangan mengenai perjalanan program yang akan dilaksanakan di kedua-dua kampung dan membentangkan laporan program yang telah selesai dilaksanakan di Rumah Panjang Kampung Long Puak sebelum ini.

Pada mesyuarat ini, Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau telah mengumumkan dua lagi kampung yang bakal dibina saluran air bersih oleh MyHumanitarian apabila selesai sahaja program yang akan dilaksanakan ini.

MyHumanitarian ingin mengucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada semua terutama kepada Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau dan juga Tuan Pegawai Daerah Telang Usan atas kepercayaan yang berterusan diberikan kepada kami untuk membantu masyarakat pedalaman di kawasan ini untuk menikmati bekalan air bersih.

‘Leave No One Behind’