MESYUARAT PELAKSANAAN PROJEK KOMUNITI GOTONG-ROYONG MEMBINA SALURAN BEKALAN AIR BERSIH DI DUN N77 TELANG USAN BERSAMA AGENSI DAN PEMIMPIN TEMPATAN.

Pada 14 Oktober, telah berlangsung Mesyuarat Pelaksanaan Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih di Kawasan Pedalaman N77 Telang Usan Bersama Agensi-agensi Kerajaan dan Kepimpinan Tempatan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Agensi-agensi dan pemimpin tempatan yang akan terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini di Perkampungan Long Latei dan Long Sayan. YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur dan Encik Khairul Annuar Mansor, Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) telah hadir bersama di dalam mesyuarat kali ini.

Untuk program yang akan mengambil masa selama dua bulan ini, Bahagian Rakan Muda, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu akan menghantar seramai 60 orang Sukarelawan yang menjadikan hampir 300 orang sukarelawan akan terlibat dalam menjayakan program kali ini yang telah tertangguh hampir setahun akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN N77 Telang Usan yang terus memberi kepercayaan kepada MyHumanitarian untuk meneruskan program ini dan telah mencadangkan misi seterusnya selepas selesai program di Kg Long Sayan dan Kg Long Latei kali ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *