Mesyuarat Penaja Penubuhan Persatuan Belia Kampung Long Puak

LONG PUAK – Salah satu inisiatif MHM laksanakan di dalam Program SDG’s di Kampung Long Puak ini selain daripada membantu mendapatkan air bersih adalah untuk membangunkan golongan belia di dalam bidang kepimpinan, keusahawanan dan kemahiran.

Satu mesyuarat penaja telah diadakan bersama belia-belia Kampung Long Puak bagi menubuhkan persatuan belia berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Di dalam perjumpaan ini, penerangan telah diberikan mengenai objektif penubuhan persatuan ini serta cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk manfaat ahli-ahli persatuan ini serta kesannya kepada masyarakat kampung. Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini adalah Sdr Presiden MHM dan Pn Magdline AK Saga, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.

Diharapkan dengan inisiatif ini dapat membantu persatuan untuk bergiat aktif di dalam membantu ahli-ahli dan dapat melahirkan lebih ramai pemimpin belia daripada kawasan pedalaman rumah panjang ini.