Mesyuarat telah diadakan di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur melibatkan semua Ahli Jawatankuasa MyHumanitarian dan Kumpulan Teknikal yang akan terlibat di dalam program ini.
Turut hadir bersama ialah pegawai-pegawai daripada Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur dan telah dipengerusikan oleh YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa merangkap Penasihat MyHumanitarian.
Di dalam mesyuarat juga telah dipersetujui senarai sukarelawan yang telah dipilih untuk menyertai program kali ini yang akan bermula pada 10 Julai 2020. Pihak sekretariat akan menghubungi sukarelawan yang telah berjaya di dalam permohonan mereka.
Tahniah semua. Ready To Serve.
‘Leave No One Behind’