21 Mac 2024 (Khamis)
Presiden Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) , En. Khairul Annuar Mansor telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Projek Kampung Angkat MADANI di bawah pengurusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
2 buah kampung di bawah kawasan DUN N77 Telang Usan iaitu Kg Long Latei dan Kg Long Suling telah dipilih untuk perintis pelaksanaan projek ini. Mesyuarat penyelarasan bagi tujuan pelaksanaan Projek tersebut telah dipengerusikan bersama oleh YB Dato Dennis Ngau, (ADUN) Kawasan N77 Telang Usan dan Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee , Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC) di Pusat Khidmat Masyarakat N77 Telang Usan, Miri .
Mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Ezzad bin Abdullah, KPSU (DS) 5, Bahagian Dasar dan Strategik, KBS, Encik Muhammad Iqbal bin Ismail, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta pegawai-pegawai penyelaras IYC dan MyHumanitarian.
#MyHumanitarian#IYCMalaysia#TelangUsan#MalaysiaMadani#LeaveNoOneBehind#SDGs#SDG


