MESYUARAT PENYELARASAN PENYERTAAN SUKARELAWAN BERSAMA KBS BAGI PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG MEMBINA SALURAN AIR BERSIH UNTUK KAWASAN PEDALAMAN TELANG USAN, MIRI SARAWAK

8 Oktober 2021 | Jumaat


Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan bersama Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur, Jabatan Belia dan Sukan Negara, I-LEAD dan Bahagian Rakan Muda bagi membincangkan penyertaan sukarelawan yang akan terlibat dalam program ini.Alhamdulillah, hasil perbincangan dan mesyuarat telah bersetuju untuk menghantar sukarelawan bagi membantu sukarelawan MyHumanitarian untuk melaksanakan program pemasangan paip air bersih ini yang akan dimulakan pada hujung bulan ini.

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah setuju untuk terus bekerjasama bersama MyHumanitarian bagi melaksanakan program kali ini di Kampung Long Sayan dan Long Latei.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *