MINUM PETANG BERSAMA YANG BERHORMAT TUAN DENNIS NGAU, ADUN N77 TELANG USAN

MIRI – Perjumpaan bersama Yang Berhormat Tuan Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan untuk melaporkan perkembangan terkini Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih di Kawasan Pedalaman Telang Usan.

Turut dibincangkan mengenai lawatan kerja Yang Berhormat Tuan untuk melawat program MyHumanitarian di Sekolah Kebangsaan Saint Pius Kampung Long San pada 14 dan 15 Ogos ini.

MyHumanitarian mengambil kesempatan pertemuan ini untuk menyerahkan T-shirt MyHumanitarian ‘Telang Usan Volunteer’ sebagai T-shirt rasmi kami untuk misi seterusnya di DUN N77 Telang Usan ini.

Terima kasih Yang Berhormat Tuan atas sokongan yang berterusan kepada MyHumanitarian. 

‘Leave No One Behind’