MISI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DAERAH BEAUFORT DAN PENAMPANG, SABAH

Persatuan Gerakan Kemanusian Malaysia atau MHM- Malaysia Humanitarian Movement, sekali lagi turun untuk menyalurkan sumbangan kepada 15 buah keluarga untuk Daerah Beaufort dan Penampang dimana bantuan ini telah disampaikan oleh Exco MHM, Sdri Hayati Rahman.

Terima kasih kepada Aktivis Belia daripada Persatuan Suara Belia Beaufort yang sudi membantu untuk mencari rumah penerima yang memerlukan. Terima kasih juga kepada Team Penampang yang sudi membantu menjelajah banyak kawasan atas nama kemanusiaan.

Ramai yang bertanya tentang kriteria, sejujurnya Team MHM berdiri atas nama kemanusian dan tidak khusus kepada individual tertentu. Semua layak sekiranya anda benar terputus bekalan walau hanya pemegang passport atau sijil lahir.

Kapasiti Client Home Help Sabah adalah bukan keutamaan kerana semua pun layak menerima manfaat namun kami beri tumpuan kepada warga Emas yang benar-benar terputus bekalan makanan dan tidak mampu keluar ke Pekan membeli barang. Terima kasih kepada Saudara Mohd Bel yang juga Penyelaras Daerah Luar KBDR yang sudi memberi maklumat dan memberi bantuan pengangkutan untuk gerak kerja kemanusiaan di Daerah Beaufort ini.

Terima kasih buat Penasihat Dr Hj Mohammad Maliki dan Presiden MHM Sdr Khairul Annuar Mansor yang sentiasa berusaha membantu menyalurkan dana untuk membantu penerima manfaat di Sabah. 

Masih ramai yang memerlukan bantuan dan mari bersama kami dalam usaha murni ini.

#StayStrong #FightCovid19 #StayAtHome #MHM #MHMTurunPadang #LeaveNoOneBehind