MISI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN DI RUMAH PANJANG KG LONG PUAK, MIRI SARAWAK

Sukarelawan MHM dan Kelab Belia Long Puak telah bekerjasama bagi membantu penduduk Rumah Panjang Kampung Long Puak di Ulu Baram, Miri yang telah terkesan akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Bantuan pek barangan makanan ini telah disampaikan sendiri oleh Sdr Ali, Pengerusi Kelab Belia Long Puak merangkap sukarelawan MHM. Semoga dengan sedikit sumbangan daripada MHM ini dapat meringankan beban penduduk kampung dan dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan di antara MHM dan masyarakat pedalaman di Miri.

#StayStrong #FightCovid19 #StayAtHome #MHM #MHMTurunPadang #LeaveNoOneBehind