MISI BANTUAN BARANGAN KEPERLUAN

Pihak Gerakan Kemanusiaan Malaysia atau Malaysia Humanitarian Movement (MHM) telah mengambil inisiatif dengan dana yang ada untuk menyalurkan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat Movement Control Order (MCO) bagi mengekang penularan Virus Covid-19.

Sejak Misi kami dilancarkan pada 22 Mac 2020, kami menerima banyak laporan dan permohonan bantuan oleh mereka yang telah terjejas. Kami di MHM, akan berusaha sedaya yang mampu untuk menghulurkan bantuan dengan menggerakkan Sukarelawan yang bernaung dibawah kami.

Selain itu, dengan dana yang terhad buat masa ini, kami cuba salurkan kepada mereka yang telah memohon bantuan ini tanpa mengira latar belakang.

Sehubungan itu, kami ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia mahupun badan-badan Korporat yang ingin membantu misi ini, anda boleh menyalurkan bantuan dana terus ke akaun MHM sepertimana berikut:

PERSATUAN GERAKAN KEMANUSIAAN MALAYSIA
Bank: CIMB Berhad
No Akaun: 8602296817
Referene: COVID-19

#StayStrong #FightCovid19
#StayAtHome #MHM #MHMTurunPadang