MYHUMANITARIAN MENGADAKAN TINJAUAN KE LOKASI KEDUA PERKAMPUNGAN MASYARAKAT PENAN DI KAMPUNG LONG SAYAN

LONG SAYAN – Perjalanan melalui laluan lori balak yang sungguh mencabar, telah membawa kami ke lokasi kedua program kami di Kampung Long Sayan yang merupakan juga perkampungan masyarakat Penan yang telah buka sejak 28 tahun yang lepas. Perkampungan yang didiami hampir 300 orang penduduk ini juga merupakan salah satu Lokasi daripada dua lokasi cadangan bagi kami mengadakan Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih untuk kawasan pedalaman Telang Usan ini. 

Kami telah melakukan tinjauan sekitar kampung serta mengadakan perbincangan bersama kepimpinan kampung yang diketuai oleh Penghulu Kampung, En Ajeng Kiew dan Ketua Kampung, En Kawas Ajeng.

Kami telah di bawa meredah hutan dan sungai bagi melihat sendiri kawasan tadahan air yang sesuai untuk digunakan sebagai sumber air bersih bagi kegunaan penduduk kampung. Team teknikal juga telah mendapatkan bacaan teknikal bagi merancang sistem dan laluan yang sesuai untuk dibina jajaran saluran air bersih 

Program ini merupakan satu usaha Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pejabat Khidmat Masyarakat DUN N77 Telang Usan untuk membantu masyarakat Penan pula untuk menikmati bekalan air melalui program kerjasama bersama Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian). 

Diharapkan program MyHumanitarian selepas ini dapat menarik lebih ramai lagi anak muda sebagai sukarelawan untuk mencurahkan bakti bagi membantu masyarakat pedalaman menikmati bekalan air bersih.

‘Leave No One Behind’