MYHUMANITARIAN MENGADAKAN TINJAUAN KE PERKAMPUNGAN MASYARAKAT PENAN DI KAMPUNG LONG LATEI

LONG LATEI – Setelah menempuh perjalanan hampir 2 jam melalui laluan lori balak, kami akhirnya sampai ke Kampung Long Latei yang merupakan perkampungan masyarakat Penan yang telah buka sejak 34 tahun yang lepas. Perkampungan yang didiami hampir 500 orang penduduk ini merupakan salah satu Lokasi daripada dua lokasi cadangan bagi kami untuk mengadakan Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih selepas ini.

Kami telah melakukan tinjauan sekitar kampung serta mengadakan perbincangan bersama kepimpinan kampung yang diketuai oleh KK Jangin Dwing. Kami juga terpaksa meredah hutan dan sungai bagi melihat sendiri kawasan tadahan air yang sesuai untuk digunakan sebagai sumber air bersih bagi kegunaan penduduk kampung. Team teknikal juga telah mendapatkan bacaan teknikal bagi merancang sistem dan laluan yang sesuai untuk dibina jajaran saluran air bersih 

Program ini merupakan satu usaha Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pejabat Khidmat Masyarakat DUN N77 Telang Usan untuk membantu masyarakat Penan pula untuk menikmati bekalan air melalui program kerjasama bersama Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian). 

Diharapkan program MyHumanitarian selepas ini dapat menarik lebih ramai lagi anak muda sebagai sukarelawan untuk mencurahkan bakti bagi membantu masyarakat pedalaman menikmati bekalan air bersih.

‘Leave No One Behind’