2 Oktober 2022 | Sebagai persediaan menghadapi bencana banjir, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menggerakkan inisiatif Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) dan bekerjasama dengan 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata inisiatif berkenaan akan mengumpulkan NGO daripada pelbagai kepakaran bagi merencanakan kerja sukarelawan secara lebih efisien.
Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) turut dilantik sebagai Rakan Strategik bagi inisiatif ini.
Majlis penyerahan perlantikan disampaikan oleh Presiden MBM di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur. Timbalan Setiausaha Agung MyHumanitarian; Cik Nur Amirah Ahmad Sukri hadir pada majlis ini.
Turut hadir pada majlis ini , Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ; YBhg. Dato’ Jana Santhiran Muniayan dan Pengarah Pusat Belia Antarabangsa; Dr. Hj. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee