MyHUMANITARIAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI PERSATUAN ASRAMA BELIA MALAYSIA (MYHA)

17 APRIL 2022

Satu Kunjungan Hormat telah diadakan oleh Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) bersama kepimpinan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur.

Kunjungan ini diketuai oleh Sdr. Mohd Faiz Bin Mohd Zin (Presiden MyHA) bersama kepimpinan Jawatankuasa Kerja MyHA.

Turut hadir dari pihak MyHumanitarian ialah En. Khairul Annuar Mansor (Presiden MyHumanitarian) , Tuan Haji Muzhafar Shairazi Bin Mohammad (Timbalan Presiden MyHumanitarian) dan EXCO MyHumanitarian.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkenalkan pengurusan lantikan baharu Jawatankuasa MyHA Malaysia disamping bertukar idea dan pendapat dalam pembangunan dan berkolabrasi perancangan aktiviti di masa akan datang.

Seterusnya kedua – dua pihak diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Pengurusan Tertinggi MyHumanitarian yang diadakan di Dewan Banquet IYC.
Presiden dan seluruh Jawatankuasa amat menghargai kunjungan ini dan diharap semoga pertemuan ini dapat mengeratkan perhubungan dan silaturahim serta kolabrasi berterusan dalam menjayakan aktiviti berimpak kepada masyarakat.

@asramabelia

#LeaveNoOneBehind #SDGs #BeliaMalaysia #myha #myhumanitarian #KeluargaMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *