Pendaftaran Sukarelawan & Soalan Lazim (FAQ) Berhubung Projek Komuniti Gotong Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di Kampung Long Latei dan Kampung Long Sayan

Pendaftaran Sukarelawan Projek Komuniti Gotong Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di Kampung Long Latei dan Kampung Long Sayan kini dibuka.

Borang Pendaftaran : https://forms.gle/eA2nxSReYix6xPDo8

Kepada semua yang ingin berminat untuk bersama-sama menabur bakti di pendalaman Sarawak menerusi khidmat komuniti dan kesukarelawaan, anda amat dialu-alukan untuk bersama-sama kami di MyHumanitarian dalam menjayakan Projek Komuniti Gotong Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di Kampung Long Latei dan Kampung Long Sayan.

Sila daftarkan diri anda menerusi pautan yang dinyatakan diatas. Tarikh tutup permohonan pada 20 Disember 2020 (Ahad).

SOALAN LAZIM (FAQ) BERHUBUNG PENDAFTARAN PROJEK KOMUNITI MEMBINA SALURAN BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG LONG LATEI DAN KAMPUNG LONG SAYAN

*Apakah tujuan pendaftaran ini dibuat dan bila pendaftaran ini akan berakhir?*
Pendaftaran ini dibuat bagi mengumpul maklumat peserta yang berminat dan berhasrat untuk menyertai projek komuniti ini. Pendaftaran dibuka bermula pada 9 Disember 2020 (Rabu) sehingga 20 Disember 2020 (Ahad).

Projek Komuniti Gotong Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih di Kampung Long Latei dan Kampung Long Sayan ini adalah inisiatif dari Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) dengan kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat N77 Telang Usan.Ia turut disokong oleh Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Yayasan Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYC).

*Bila aktiviti ini akan berlangsung?*
Buat masa ini, *tiada sebarang tarikh dapat ditetapkan* . Ini disebabkan dari polisi prosidur operasi standard (SOP) sama ada di peringkat nasional dan negeri Sarawak. Perlaksanaan sebarang aktiviti perlu mengambil kira SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di kedua-dua peringkat tersebut.

Walau bagaimanapun , anggaran pelaksaan projek komuniti ini dijangka bermula pada penghujung disember 2020 sehingga januari 2021 (Tetakluk kepada perubahan semasa).

Sebarang maklumat terkini, akan dimaklumkan kepada peserta yang terpilih menerusi telefon atau whatsapp dan menerusi laman sosial MyHumanitarian.


*Apakah prosedur seterusnya setelah saya mendaftar program ini?*
Prosedur 1: Peserta yang telah mendaftar akan dihubungi dan ditemuduga oleh pihak sekretariat. Sekiranya berjaya, pihak sekretariat akan menghubungi semula untuk makluman.

Prosedur 2: Peserta akan diserahkan borang pendaftaran ke—2. Pada bahagian ini, peserta perlu mengemukakan dokumen peribadi dan laporan kesihatan peserta. Pada bahagian ini, peserta akan dinilai dari kemampuan dan tahap kebolehan melaksanakan tugas. Sekirannya terpilih, pihak sekretariat akan memaklumkan ke sesi berikutnya.

Prosedur 3 : Peserta akan mengikuti bengkel yang akan dianjurkan. Bengkel ini bagi menerangkan tatacara kerja dan cabaran yang akan dihadapi dalam melaksana tugas.

Prosedur 4 : Peserta akan dihantar ke lokasi projek selama 14 hari bagi melaksanakan program yang telah ditetapkan oleh pihak sekretariat.

*Adakah disediakan sebarang elaun sepanjang menyertai projek ini?*
Tiada sebarang elaun disediakan.

*Adakah terdapat saiz minimum dan maksimum bagi ketinggian dan berat badan?*
Buat masa ini tiada ketetapan dibuat. Namun, peserta akan dinilai menerusi maklumat yang diberikan bagi memastikan calon mempunyai kemampuan melakukan aktiviti fizikal dalam melaksanakan kerja yang akan dilakukan .

*Bolehkah saya hanya menyerahkan gambar dalam keadaan separuh badan (half body photo) dan tidak secara foto peribadi penuh (Full body photo)?*

Tidak dan pendaftaran anda akan dibatalkan. Anda diwajibkan menyerahkan gambar penuh bagi pihak sekretariat membuat penilaian calon.

*Saya telah menyertai aktiviti sukarelawan projek komuniti yang telah dianjurkan oleh MyHumanitarian. Adakah saya perlu mendaftar semula?*

Tidak perlu mendaftar, hanya perlu menghubungi pihak sekretariat semula dan menyatakan hasrat untuk menyertai semula projek komuniti ini. Namun, sekiranya berlaku keciciran makluman, pendaftaran baharu perlu dibuat oleh peserta sendiri.

Sekiranya rakan anda berminat untuk bersama menyertai projek komuniti ini dan tidak pernah menyertai mana-mana aktiviti MyHumanitarian, maka beliau perlu mendaftar sendiri dan mengemukakan maklumat yang diperlukan menerusi borang yang disediakan.

*Mengapakah prosedur dan pendaftaran ini dilihat agak tegas dan merumitkan?*

Untuk makluman, lokasi projek yang akan dijalankan lebih mencabar berbanding projek komuniti yang telah laksanakan sebelum ini. Penilaian peserta penting bagi memastikan segala perancangan program dapat berlangsung dengan lancar dan mengikut perancangan. Keadaan keselamatan dan kesihatan para peserta pada projek kali ini amat penting.

*Jika terdapat sebarang pertanyaan, dimanakah saya perlu bertanya?*
Pertanyaan boleh dibuat menerusi talian yang telah dinyatakan dan menerusi laman sosial MyHumanitarian. Sila ambil maklum bahawa setiap pertanyaan akan dijawab pada hari bekerja sahaja, iaitu Isnin-Jumaat dari 9 Pagi hingga 4.30 Petang (Tidak termasuk cuti umum dan cuti am).


Sekian Terima Kasih.

Sekretariat Projek Komuniti Membina Saluran Bekalan Air Bersih di Kampung Long Latei dan Kampung Long Sayan,
Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian).


Diterbitkan pada 9 Disember 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *