PENGUMUMAN Mengenai Status Terkini Pelaksanaan Program Komuniti Gotong-Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di Kampung Naha’a dan Kampung Long Apu.

Sekretariat Program Komuniti Gotong-Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di N.77 Telang Usan iaitu di Kampung Naha’a dan Kampung Long Apu ingin memaklumkan bahawa program ini tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat atas sebab teknikal dari peringkat jawatankuasa pelaksana.

Oleh demikian , sesi temuduga akan dijalankan setelah mendapat persetujuan danmaklumbalas daripada pihak berkenaan.Sehubungan itu juga, borang pendaftaran bagi program ini akan terus dibuka kepada orang awam sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Manakala syarat-syarat untuk menyertai program ini masih kekal.’

Kami mengucapkan terima kasih diatas sokongan yang diberikan untuk menjayakan program ini.

Sekian Terima Kasih
Sekretariat Program Komuniti Gotong-Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih Di N77 Telang Usan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *