Penyerahan Laporan Dan Perbincangan Bersama YB Dennis Ngau

MIRI – Selesai sesi penyerahan laporan dan perbincangan bersama YB Dennis Ngau, ADUN Telang Usan berkaitan Program Komuniti Gotong-royong Saluran Air Bersih untuk Rumah Panjang Kampung Long Puak.

Turut hadir bersama perbincangan ini adalah YBrs Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (IYCKL) dan Cik Siti Shazleen Shazali, Kordinator Program Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM).

YB Dennis Ngau mengucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan program ini dan menyatakan akan membuat temujanji sesi kunjung hormat kami kepada YAB Ketua Menteri Negeri Sarawak untuk bersama-sama menyerahkan laporan akhir program ini. Beliau juga menyatakan hasrat agar kami dapat meneruskan program ini dalam masa terdekat ke kampung-kampung lain pula yang akan dikenalpasti oleh beliau nanti.

Kami bagi pihak persatuan bersedia untuk meneruskan misi ini dan amat berbesar hati menerima pelawaan YB agar program ini dapat dijadikan contoh untuk kami laksanakan di kampung-kampung lain pula seperti di Uma Akeh dan Kg Long Banyok serta beberapa kampung lagi.

Insya’allah..kami akan berusaha memastikan kejayaan semua program-program yang akan disusun nanti demi memastikan kegembiraan masyarakat pedalaman menikmati bekalan air bersih tercapai bagi tujuan kelangsungan kehidupan.

‘Leave No One Behind’

Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia