Pada 1 September 2021, telah berlangsung perbincangan secara atas talian antara Kepimpinan MyHumanitarian dan YB Dennis Ngau, ADUN N77 Telang Usan mengenai gerak kerja pelaksanaan Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih di Kawasan Pedalaman Telang Usan, Miri Sarawak.
Alhamdulillah, Telah ada perkembangan positif di mana dijangka team MyHumanitarian akan mula meneruskan misi di sana pada awal bulan Oktober ini dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya, sukarelawan yang akan ke sana wajib telah memiliki dos vaksin yang lengkap.Team logistik dan teknikal telah bersedia untuk ke sana dan akan membuat persiapan yang rapi sebelum berangkat memulakan misi seterusnya di Perkampungan Penan kawasan pedalaman Telang Usan.
Doakan agar dipermudahkan segala urusan kami. We Are Ready!