LONG SAN – Mesyuarat penaja Persatuan Belia Kampung Long San telah berjaya diadakan dengan penyertaan ramai anak muda Kampung Long San hasil inisiatif Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian). Ini merupakan satu lagi kejayaan kami untuk mewujudkan sebuah persatuan belia bagi membantu dan membangunkan anak-anak muda yang tingggal di kawasan pedalaman Sarawak.
Dengan tertubuhnya Jawatankuasa Penaja ini, MyHumanitarian akan memastikan dan membantu persatuan ini dapat berdaftar dengan rasminya bersama Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan akan dapat bergiat aktif selari dengan objektif penubuhannya demi membantu membangun anak muda dan masa depan anak muda Kampung Long San.
TAHNIAH SEMUA.
‘Leave No One Behind’