Team MyHumanitarian telah ke kawasan pedalaman Miri Sarawak di Rumah Panjang Kampung Uma Akeh untuk persediaan logistik, teknikal dan perjumpaan bersama penduduk kampung untuk program yang bakal bermula pada 17 Julai ini di Rumah Panjang Kampung Uma Akeh.
Pada pertemuan bersama penduduk, telah diadakan sesi menandatangan MOU kerjasama diantara MyHumanitarian dan JKKK Kg Uma Akeh sebagai simbolik kerjasama penganjuran program gotong-royong ini.
Insya’allah, kami akan buat yang terbaik demi memastikan penduduk kampung ini dapat menikmati bekalan air bersih bagi kegunaan mereka seharian.
‘Leave No One Behind’