Pertemuan Bersama Puan Temenggong Elizabeth Deng

MIRI – Hari ini mengadakan pertemuan bersama Puan Temenggong Elizabeth Deng yang merupakan Ketua Etnik Masyarakat Orang Ulu, Sarawak. Beliau merupakan wanita pertama yang memikul jawatan sebagai Temenggong ini yang bertanggungjawab menjaga amanah dan hak ehwal serta adat istiadat Orang Ulu di Miri, Sarawak.

Pada pertemuan ini, beliau menyatakan rasa gembira dan bangga dengan kejayaan program kami di Kampung Long Puak dan berharap agar dapat meneruskan program kami ini di kampung yang lain pula termasuk kampung beliau di Long Laput. Kami telah berbincang dan bertukar pandangan pelbagai aktiviti dan program yang berpotensi dilaksanakan di Long Laput sepanjang pertemuan ini.

Insya’allah.. team Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM) akan berkunjung ke Kampung Long Laput dalam masa terdekat ini dan akan merancang aktiviti yang boleh dilaksanakan di sana.

‘Leave No One Behind’