PERTEMUAN MYHUMANITARIAN BERSAMA PENGURUSAN YB MENTERI DAN YB TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) mengadakan pertemuan dengan Y.B Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Menteri Belia & Sukan) dan Y.B Encik Adam Adli Abd Halim (Timbalan Menteri Belia & Sukan) sempena Lawatan Kerja Rasmi ke Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur.
Pada lawatan ini juga turut dipamerkan kejayaan program-program yang dilaksanakan oleh IYC & MyHumanitarian , antaranya Projek Komuniti Gotong Royong Membina Saluran Bekalan Air Bersih di Kawasan N77 Telang Usan , Cakna Ramadan dan pelbagai lagi.
Pertemuan ini disertai oleh Cik Nur Amirah Ahmad Sukri (Timbalan Setiausaha Agung MyHumanitarian) bersama Encik Muhammad Amirul Shafiq Ahmad Zuperi (EXCO MyHumanitarian) dan Cik Sharifah Norizah Syed Ahamad Kabeer (EXCO MyHumanitarian)
@kbsmalaysia @iycmalaysia @hannahyeoh @adamadli_