Pertemuan dan Perbincangan Mengenai Perasmian Program Kampung Long Puak Oleh YAB Ketua Menteri Sarawak

MIRI – Pertemuan bersama YB Dennis Ngau, ADUN Telang Usan mengenai Majlis Perasmian Rasmi Program Komuniti Gotong-royong Saluran Air Bersih untuk Rumah Panjang Kampung Long Puak oleh YAB Ketua Menteri Sarawak. Turut dirancang di majlis itu nanti penyerahan laporan penuh program serta penyampaian sijil kepada semua sukarelawan yang terlibat.

Di dalam pertemuan ini juga, telah dibincangkan gerak kerja Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MHM) untuk program yang seterusnya. Program seterusnya akan melibatkan 5 buah kampung lagi dan gerak kerja sekretariat akan dilaksanakan untuk merancang dan menyelaras di dalam masa terdekat ini. Perjumpaan bersama kumpulan teknikal juga akan dilakukan untuk kerja2 tinjauan dan persiapan laporan kajian lapangan.

Insya’allah… doakan kami supaya mempunyai kekuatan untuk meneruskan program ini agar dapat memberikan kegembiraan kepada masyarakat pedalaman menikmati bekalan air bersih.

‘Leave No One Behind’