18 Oktober | Telah berlangsung Program Penerangan dan Taklimat kepada semua sukarelawan yang akan terlibat di dalam Program Komuniti Gotong-royong Membina Saluran Air Bersih di Kawasan Pedalaman N77 Telang Usan, Miri Sarawak.
Program ini akan bermula pada 30 Oktober ini dan dijangka tamat pada 8 Disember 2021.
Taklimat disampaikan oleh Presiden MyHumanitarian merangkap Pengarah Program Projek Komuniti Membina Saluran Bekalan Air Bersih, En. Khairul Annuar Mansor .
Semua sukarelawan yang terdiri daripada belia seluruh Malaysia ini telah dibahagikan mengikut kumpulan berdasarkan lokasi program iaitu di Kg Long Sayan dan Kg Long Latei. Mereka juga akan bergerak ke Kawasan Kampung mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam tempoh dua bulan misi ini dijalankan. Setiap sukarelawan telah diberi penerangan berkaitan tugasan dan tanggungjawab serta penekanan yang utama berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan.
Terima kasih kepada Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Penasihat MyHumanitarian merangkap Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur yang bersama di dalam program ini.
Tahniah kepada Sekretariat MyHumanitarian, Siti Shazleen Shazali & Amirul Shafiq Ahmad Zuperi yang berjaya menyiapkan modul yang akan menjadi panduan kepada semua sukarelawan yang akan berkidmat di bumi Telang Usan ini.
Kepada sukarelawan yang telah terpilih, selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya kepada semua. BON VOYAGE.
