Presiden MyHumanitarian Dilantik Sebagai Pengarah Serantau (Malaysia) USIDHR

Seluruh barisan dan Sukarelawan Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHumanitarian) mengucapkan Setinggi Ucapan Tahniah kepada Presiden MyHumanitarian, Encik Khairul Annuar Mansor diatas perlantikan sebagai Pengarah Serantau Untuk Malaysia oleh Institut Diplomasi dan Hak Asasi Manusia Amerika Syarikat (USIDHR).

Institut Diplomasi dan Hak Asasi Manusia AS (USIDHR) ialah sebuah organisasi bukan keuntungan (nonprofit organization) yang beroperasi di Washington, DC. Tujuan utamanya adalah untuk memajukan pendidikan untuk semua. Melalui program EduforEveryChild, USIDHR membantu kanak-kanak kurang berkemampuan utnuk pergi ke sekolah dengan menyokong pendidikan mereka selama setahun. Setakat ini, USIDHR telah membantu ratusan kanak-kanak pergi ke sekolah dengan menganugerahkan mereka “Edu-box” yang mengandungi peralatan sekolah, bahan dan keperluan untuk pergi ke sekolah. USIDHR juga menyediakan kursus dan latihan dalam talian mengenai hak asasi manusia, pemerdagangan manusia, protokol dan etika diplomatik, dan perundingan perniagaan.

Sementara itu, Encik Khairul Annuar Mansor turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua terutama kepada USIDHR diatas perlantikan ini.

“Terima kasih kepada Puan Isabelle Vladoiu, Pengasas USIDHR dan pasukannya memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama dalam pasukan ini.”

“Insya’allah, saya akan memberikan komitmen yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab ini.” – katanya menerusi kenyataan di facebook beliau.

#LeaveNoOneBehind

#USIDHR #SDG #YouthForChange #MyHumanitarian #MalaysiaYouth #BeliaMalaysia #KeluargaMalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *