PROGRAM BANTUAN MAKANAN KEPADA MAHASISWA DAN MAHASISWI KOLEJ KE-12, UNIVERSITI MALAYA

2 Nov 2020, UNIVERSITI MALAYA – Buat julung kalinya, YoungHumanitarian dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Movement telah mengadakan program pertama iaitu Program Bantuan Makanan kepada Mahasiswa dan Mahasiswi kolej ke-12, Universiti Malaya (UM).

Program ini bertujuan bagi meringankan serba sedikit beban yang dialami oleh Mahasiswa dan Mahasiswi daripada golongan B40 yang menetap di Kolej kediaman ke-12 dari aspek bekalan makanan lebih-lebih lagi ketika era pandemik Covid-19 yang sedang berlaku ini. Pandemik ini semestinya telah memberi kesan secara langsung mahupun tidak langsung kepada setiap individu di negara kita. Dengan itu, Bantuan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya para pelajar yang terlibat sekaligus dapat membantu merealisasikan matlamat pembangunan mampan (SDG) yang kedua iaitu “Zero Hunger”. Selain itu, Program ini bukan sahaja bertujuan untuk meringankan beban pelajar itu semata-mata namun diadakan bagi mendedahkan serta menerapkan kepentingan tanggungjawab sosial dan solidariti dalam diri anak-anak muda.

Young Humanitarian merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada My Humanitarian, Pihak Kolej Kediaman Ke-12 UM, Jawatan Kuasa Tertinggi Kolej, Para pelajar Universiti Malaya serta kesemua ahli dan sukarelawan Young Humanitarian kerana memberi sokongan dan kerjasama yang jitu dalam menjayakan program ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program atau aktiviti yang akan datang serta informasi terkini,boleh ikuti laman sosial Facebook dan Instagram @Young Humanitarian.

“Leave No One Behind”

Small Is Big